KUALA LUMPUR
– Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihaknya
mengadakan intensif untuk mensasarkan pelajar lepasan diploma Kolej
Vokasional (KV) melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
“Bagi
pelajar KV 2012 hingga 2016 lepasan diploma layak memohon melanjutkan
pelajaran ke IPTA seperti surat yang telah dikeluarkan oleh pihak
Kementerian Pengajian Tinggi,” katanya ketika menjawab soalan Ahli
Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim pada sesi Waktu
Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, Selasa.
Dalam pada
itu, Mahdzir berkata, pihak Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) juga telah
selesai membuat verifikasi dan akreditasi program diploma di 15 KV di
seluruh negara.
“Kementerian
Pendidikan mensasarkan akreditasi penuh daripada MQA pada Disember
2017. MQA telah selesai tugasnya membuat penilaian 16 program diploma
yang terdapat di KV,” katanya.
Mahdzir
juga menjelaskan, setakat ini lepasan graduan diploma KV telah berjaya
mencapai objektif utama kerajaan untuk mendapatkan tenaga kerja separuh
mahir dan mahir dalam jangka masa cepat di beberapa bidang tertentu.
“Setakat ini kebolehcapaian graduan pada batch pertama Ogos 2016 telah berjaya mendapatkan pekerjaan.
“90
peratus daripada 2273 graduan ini telah mendapat pekerjaan di bidang
yang mereka pelajari, ini menunjukkan graduan KV diiktiraf oleh
industri,” katanya menjawab soalan tambahan daripada Abdul Azeez yang
bertanyakan potensi lepasan graduan ini dalam memenuhi pasaran kerja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.