SHAH ALAM – Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor mengingatkan para penonton
bola sepak yang akan hadir ke Stadium Shah Alam hari ini untuk tidak
mencetuskan provokasi menjelang pertemuan perlawanan antara Malaysia
bertemu Indonesia.
Beliau
berkata, tindakan tegas menanti mana-mana individu yang mencetuskan
provokasi tidak kira sama ada membaling suar dan sebagainya.
Di samping itu, sepanduk-sepanduk yang dilihat mencetuskan provokasi juga diambil kira.
Beliau mengingatkan bahawa pihaknya tidak akan bertoleransi kepada mereka yang mencetuskan provokasi.
“Elakkan
elemen provokasi kerana polis akan sentiasa melihat dan memantau setiap
keadaan pada malam ini termasuk di tempat duduk penyokong.
“Enjoy the
game! Usah buat huru-hara dan pecah belahkan ketenteraman awam dan kita
akan perhatikan setiap tingkah laku mereka (penonton) di stadium,”
dalam sidang media selepas majlis perasmian penutup Kursus ‘First Aid
Life Support Training For Selangor MPV’ di Ibu Pejabat Polis Kontinjen
Selangor, hari ini.
Katanya
lagi, penyokong diminta mengikut arahan yang telah ditetapkan dan
pihaknya akan memperketat kawalan termasuk menahan mana-mana penyokong
yang membawa bahan larangan seeperti bahan letupan dan senjata tajam
mengikut Akta Bahan Letupan 1957.
Malam ini,
Indonesia akan berdepan dengan tuan rumah Malaysia pada saingan separuh
akhir acara bola sepak lelaki Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 (KL2017).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.