KUALA LUMPUR
– Kira-kira 300,000 pekerja Malaysia tidak berminat untuk mencari
rezeki di negara sendiri dan lebih memilih untuk bekerja di Singapura.
Menurut laporan akhbar China Press, punca utamanya adalah disebabkan perbezaan tukaran wang asing yang banyak.
Menjelaskan
perkara itu, Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia
(MEF), Datuk Shamsuddin Bardan berkata, pekerja dalam sektor
perkhidmatan dikatakan antara golongan yang paling banyak bekerja di
negara jiran itu, selain sektor pembinaan dan pembuatan.
“Ramai warganegara Malaysia tidak mahu pulang semula ke negara asal sendiri disebabkan faktor nilai wang tukaran asing.
“Selain
diberi gaji lumayan, pekerja Malaysia berasakan mereka mempunyai peluang
untuk mengembangkan karier di Singapura,” katanya kepada China Press.
Beliau
berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Menteri Sumber
Manusia, Datuk Ismail Abd Muttalib bahawa kerajaan telah menubuhkan
jawatankuasa untuk menarik balik warga Malaysia yang masih bekerja di
Singapura untuk kembali semula ke negara sendiri.
Kementerian
Sumber Manusia baru-baru ini menganjurkan Kembara Kerjaya Train Ride
2.0 dengan 6,000 jawatan ditawarkan daripada lebih 100 majikan.
Sebanyak
1,500 kekosongan ditawarkan untuk lulusan diploma dan ijazah, sijil
kemahiran (2,040) dan Sijil Pelajaran Malaysia ke bawah (2,460).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.