SHAH ALAM: ADUN Kepayan, Dr Edwin Bosi mengumumkan keputusannya keluar
DAP dengan menyebut perbezaan pendapatnya bersama Pengerusi DAP Sabah,
Stephen Wong sebagai sebab utama keputusannya.
Susulan keputusannya itu, Bosi juga mengumumkan akan melepaskan
jawatannya sebagai timbalan pengerusi DAP Sabah dan ketua whip negeri
mulai esok (31 Ogos).
“Saya membuat keputusan ini dengan berat hati tetapi demi mengekalkan
keharmonian DAP Sabah, saya bersedia meninggalkan parti,” katanya.
DAP pada Mei lalu menggantung jawatan Bosi selama tiga bulan ekoran
tindakannya merosakkan imej parti. Tempoh penggantungannya berakhir
akhir bulan ini.
Perkembangan terbaru itu menjadikan Bosi sebagai wakil rakyat ketiga yang meninggalkan DAP selepas pilihan raya 2013.
Dua pemimpin yang meninggalkan DAP sebelum ini ialah bekas pengerusi
negeri Hiew King Cheu (ADUN Luyang) kini menyertai MCA, manakala Junz
Wong (ADUN Likas) bersama Parti Warisan Sabah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.