Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Stampin, Julian Tan dihalau dari Dewan
Rakyat hari ini selepas menuduh Menteri Kesihatan, Datuk Seri S.
Subramaniam memberi jawapan mengelirukan berhubung wabak rabies yang
melanda Sarawak pada ketika ini.
Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Ronald Kiandee mengarahkan
ahli pemimpin DAP itu keluar dewan selepas beberapa kali meminta Julian
duduk.
Julian terdahulu mendakwa vaksin untuk mencegah wabak rabies tidak mencukupi sambil merujuk Aturan Mesyuarat Seksyen 36(12).
Seksyen berkenaan menyatakan mana-mana ahli dewan yang memberi
kenyataan yang mengelirukan seolah-olah menghina Dewan Rakyat dan boleh
dirujuk kepada Jawatankuasa Khas.
"Ini adalah krisis yang serius kerana dalam tempoh sebulan sahaja wabak
berkenaan telah merebak dari Serian hingga ke Sri Aman dan Batu 17,
lebih dari lingkungan 10 kilometer," kata Julian di sidang medianya
sebaik dihalau dari Dewan Rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.