PETALING JAYA: AirAsia mengesahkan penerbangan AK37 ke Cochin, India
dari Kuala Lumpur berpatah balik ke KLIA2 pada pagi tadi susulan masalah
teknikal.
Pesawat berlepas dari Cochin pada pukul 6.25 pagi dan kembali ke lapangan terbang kira-kira dua jam kemudian.
Menurut AirAsia, pesawat itu mendarat dengan selamat, bagaimanapun tidak menjelaskan mengenai isu teknikal yang dihadapi.
Difahamkan, penerbangan itu dijadualkan semula untuk berlepas pada pukul 3.45 petang.
"Buat masa ini, kebajikan semua penumpang mendapat perhatian rapi
AirAsia," katanya yang turut memohon maaf di atas kejadian itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.