KUALA TERENGGANU: Seorang pemuda berusia 22 tahun dikenakan hukuman
penjara sehari dan denda RM10,000 kerana cuba merasuah seorang anggota
polis dalam satu kejadian pada Februari tahun lalu.
Amir Khairi Hirman Mansor yang bekerja sendiri didakwa mengikut Seksyen
17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dibaca
bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24
akta sama.
Dalam pengakuannya dia mengaku memberi suapan kepada anggota polis agar
tutup mulut setelah hasil saringan air kencingnya didapati positif
dadah jenis methamphetamine.
Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz juga menetapkan hukuman penjara enam bulan jika Amir Khairi gagal menjelaskan denda tersebut.
Tertuduh bagaimanapun membayar denda berkenaan.
Berdasarkan fakta kes, tertuduh cuba memberikan suapan sebanyak RM1,000
kepada Koperal Carsten Anak Wilson dari Bahagian Cawangan Pencegahan
Jenayah Balai Polis Manir, di sini, pada 10 Februari 2016 jam 2.55
petang di balai polis itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.