KUALA LUMPUR: Sebanyak 3.77 juta warganegara berumur 21 tahun ke atas
masih belum mendaftar sebagai pemilih sehingga 31 Mac lalu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said
berkata, bagi tempoh pendaftaran dari Januari hingga Mac tahun ini,
sebanyak 1,454 bantahan diterima oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
terhadap pengundi baharu di seluruh negara.
“Berhubung isu kelayakan pemegang kad pengenalan sementara untuk
mengundi, mana-mana pemegang dokumen pengenalan diri tersebut bukan
merupakan warganegara.
“Oleh itu, pemegang kad pengenalan sementara tidak layak mendaftar
sebagai pemilih, seterusnya tidak berhak untuk mengundi dalam pilihan
raya umum atau pilihan raya kecil,” katanya dalam jawapan bertulis
ketika sidang Dewan Rakyat, hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.