KUALA LUMPUR - Aliran trafik perlahan di beberapa lebuh raya utama disebabkan pertambahan jumlah kenderaan dan keadaan itu dijangka berterusan sehingga lewat petang ini.
Jurucakap Plus Malaysia Berhad berkata di utara, aliran trafik dilaporkan perlahan dari Pendang ke Sungai Petani, Kedah di kedua-dua arah, dari Permatang Pauh ke Perai di Pulau Pinang, dan di Perak dari Bukit Merah ke Taiping seterusnya ke Bukit Berapit dan Sungai Perak ke Terowong Menora.
“Aliran trafik juga perlahan dari Jelapang menuju ke Terowong Menora, Ipoh ke Simpang Pulai dan Bidor ke Sungkai di Perak,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Beliau berkata bagi arah selatan, kenderaan turut bergerak perlahan di Senawang menuju ke Port Dickson, Hentian Sebelah Senawang ke Pedas Linggi di Negeri Sembilan, Pedas Linggi ke Simpang Ampat, Ayer Keroh ke Simpang Ampat di Melaka dan Kulai ke Sedenak di Johor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.