KOTA BHARU
– Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad mengingatkan umat Islam
supaya berwaspada dalam memberi sedekah kepada pengemis pada bulan
Ramadan bagi mengelakkan menyumbang untuk pihak yang tidak
bertanggungjawab.
Beliau
berkata, meskipun ia adalah perkara biasa bagi umat Islam bersedekah
terutama dalam bulan Ramadan, namun ia perlu berhati-hati supaya tidak
menyumbang kepada sindiket mengemis yang semakin berleluasa kebelakangan
ini.
Katanya,
sesetengah umat Islam mungkin tidak menyedari perkara itu dan
menyalurkan wang mereka terhadap pihak yang dianggap tidak berhak
menerimanya.
Mohamad
Shukri berkata, sindiket berkenaan cenderung menggunakan wanita, warga
tua dan kanak-kanak untuk mengutip derma bagi kepentingan peribadi
mereka.
“Tidak
salah untuk menderma wang kepada mereka yang kurang bernasib baik
termasuk pengemis dan anak-anak yatim, kerana ia adalah sebahagian
daripada tuntutan agama.
“Tetapi
saya takut apabila sesetengah pihak mengambil kesempatan daripada sifat
pemurah orang lain untuk mendapatkan wang dengan mudah,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.