KEMASKINI Akhbar The Star hari
ini memohon maaf atas muka depan akhbar itu yang memaparkan gambar umat
Islam sedang bersolat di bawah tajuk berita berkaitan pengganas.
The Star berkata adalah menjadi amalan akhbar itu menerbitkan gambar umat Islam menunaikan solat terawih di muka depan pada hari pertama Ramadan, kerana menghormati bulan mulia ini.
"Ini dilakukan sepanjang dekad yang lepas. Tahun ini, terdapat kebetulan cerita utama mengenai seorang pemimpin pengganas, kemudian ramai hubungkan tajuk dengan gambar berkenaan, yang mana bukan niat akhbar ini.
"Pada pengalaman yang lalu, The Star sepatutnya lebih arif dan sensitif terhadap perasaan pembaca beragama Islam. Kami memohon maaf di atas kesilapan di pihak kami," kata The Star dalam laman webnya.
Terdahulu, Ketua Pemuda Umno Pahang, Shahar Abdullah menggesa The Star segera meminta maaf kepada seluruh umat Islam.
"Meskipun tajuk berita tiada kena mengena dengan gambar itu, ia boleh menyebabkan orang ramai tersalah tafsir apa yang disiarkan akhbar The Star seolah-olah merujuk pengganas kepada orang Islam dengan meletakkan kedua-dua berita dan gambar tersebut di halaman depan.
"The Star sebagai salah satu akhbar 'senior' berbahasa Inggeris utama di Malaysia sepatutnya lebih peka dengan sensitiviti di negara ini yang majoriti rakyatnya beragama Islam lebih-lebih lagi dengan banyak insiden keganasan yang terjadi di luar negara kini.
"Tambahan pula umat lslam menyambut hari pertama bulan ramadan, bulan mulia umat lslam," kata beliau dalam kenyataan.
Oleh itu, sama ada penyiaran muka depan akhbar itu disengajakan atau tidak, pihaknya menggesa pengarang The Star agar meminta maaf dengan seluruh umat Islam dan berjanji akan lebih sensitif dalam menyampaikan berita, kata beliau.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.