Ahad, 28 Mei 2017

Rayzam Shah lebur rekod lari berpagar 23 tahun

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Jaguh 110 meter (m) lari berpagar negara, Rayzam Shah Wan Sofian mencipta rekod baharu kebangsaan 13.67 saat hari ini sekali gus memadam rekod lama 13.73s berusia 23 tahun milik Nur Herman Majid.
 
Atlet dari Sabah itu mencatat rekod baharu tersebut dalam kejohanan Kurpfalz Gala di Weinheim, Jerman ketika memenangi saingan akhir B.
 
Kata Rayzam, dia tidak percaya mampu meleburkan rekod lama berusia lebih dua dekad itu.
 
"Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong saya selama ini.
 
"Ini adalah satu keputusan yang membanggakan malah ia umpama satu mimpi indah buat saya," kata Rayzam.
 
Rekod lama sebelum ini dilakukan oleh Nur Herman dalam Sukan Asia di Jepun pada 1994.
 
Catatan 13.67s milik Rayzam itu mampu memberikan dia peluang lebih cerah bagi memenangi pingat emas Sukan SEA 2017 andai dapat mengekalkan prestasinya.
 
Ketiadaan penyandang pingat emas Sukan SEA 2015 acara 110 lari berpagar, Jamras Rittidet dari Thailand di Kuala Lumpur pada Ogos ini berikutan telah bersara bakal menjadi kelebihan buat Rayzam bagi memenagi acara tersebut.
 
Lebih membanggakan catatan Rayzam itu membolehkannya menghuni kedudukan kedua 110m lari berpagar Asia Tenggara terpantas sepanjang zaman selepas Jamras Rittidet yang mempunyai catatan masa 13.61s dilakukan pada 2014.
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.