Isnin, 29 Mei 2017

Perbicaraan Adam Rosly ditetapkan pada Disember

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini menetapkan beberapa tarikh pada Disember ini untuk perbicaraan Ketua AMK Ampang, Datuk Adam Rosly berhubung 'kekayaan luar biasanya', termasuk memiliki kediaman ala Disneyland bernilai RM1.2 juta.  
 
Hakim Allaudeen Ismail menetapkan tiga hari bermula 4 Disember serta dua lagi set tarikh (antara 11-15 Disember dan 26-29 Disember) untuk mendengar kes itu.
 
Sementara itu perbicaraan dijangka pada Januari tahun depan.
 
Pendakwaan itu dijangka memanggil kira-kira 20 saksi untuk memberi keterangan.
 
Terdahulu, Adam didakwa di Mahkamah Sesyen bulan lepas atas tuduhan memberi kenyataan palsu dan dokumen palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menjalankan siasatan mereka.
 
Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan.
 
Adam, yang dilaporkan merupakan pegawai khas kepada Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin, pertama kali disoal oleh SPRM pada 10 Februari.
 
Isu kekayaan luar biasa Adam mendapat perhatian selepas didedahkan pemimpin gerakan Baju Merah Datuk Seri Jamal Yunos yang mempersoalkan bagaimana pemimpin itu mampu untuk memiliki sebuah banglo gaya istana di Ampang pada usia yang muda.
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.