KUALA LUMPUR: Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) mencatat untung
bersih RM2.47 juta pada suku pertama (Q1) berakhir 31 Mac 2017
berbanding kerugian bersih RM81.08 juta pada tempoh sama tahun lalu.
Pendapatan meningkat 15 peratus kepada RM4.32 bilion daripada RM3.75 bilion, tahun lalu.
Prestasi lebih kukuh disandarkan kepada pendapatan yang lebih tinggi
daripada sektor ladang, logistik dan lain-lain serta sektor gula
sebanyak 11 peratus, 57 peratus dan 17 peratus berbanding tahun yang
lalu.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Zakaria
Arshad, berkata kumpulan merekodkan perolehan lebih tinggi pada suku
pertama disebabkan prestasi baik dalam sektor operasi huluan dengan
peningkatan sebanyak 16 peratus pengeluaran minyak sawit mentah (MSM).
"Ia sekali gus mengurangkan kos pengeluaran (tidak termasuk kilang)
sebanyak 5.0 peratus kepada RM1,739 metrik tan (MT) tahun ke tahun.
"FGV juga berjaya mengurangkan perbelanjaan pentadbiran sebanyak 15
peratus berbanding tempoh sama pada 2016," katanya dalam kenyataan, hari
ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.