SHAH ALAM: Pembangkang sengaja menjadikan PAS sebagai kambing hitam
bagi menyembunyikan kelemahan yang ada dan menuduh parti itu sebagai
punca perpecahan Pakatan Rakyat (PR) suatu ketika dahulu.
Ketua Penerangan PAS, Nasruddin Hassan berkata selepas partinya tidak
lagi bersama dalam gagasan baru iaitu Pakatan Harapan (PH), mereka pula
dituduh dengan sengaja memberi kemenangan mudah kepada Barisan Nasional
dalam Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.
Memetik kenyataannya di dalam Utusan Malaysia hari ini, Nasruddin yakin
PH yang diterajui DAP bakal mereput kerana di kalangan pemimpinnya
saling bertelagah dalam pelbagai isu.
“Langkah kami keluar daripada pakatan mereka adalah tindakan yang
betul. Kami keluar bukannya mengikut emosi sebaliknya berdasarkan nas
dan bukti-bukti yang menunjukkan bagaimana kerjasama yang dipersetujui
sebelum ini tidak dihormati.
“Malah sehingga kini masih berlaku pertikaman lidah sesama mereka, dan nampaknya Pakatan Harapan ini akan mereput,” katanya.
Naib Presiden PAS, Dr Idris Ahmad baru-baru ini membidas budaya
berpolitik PH yang gemar membuat tuduhan dan fitnah malah sering menuduh
PAS sengaja tidak menyertai gagasan tersebut kerana mahu menyumbang
kemenangan BN.
“Sebolehnya kami tidak mahu bercakap mengenai mereka (Pakatan Harapan).
Tetapi apabila mereka mula menuduh PAS sebegitu, saya setuju dengan
kenyataan naib presiden parti.
“Pelbagai tuduhan yang dibuat oleh Pakatan Harapan itu akan memakan
diri. Mereka menyerang PAS kononnya langkah kami keluar pakatan akan
memberi kemenangan kepada BN, tetapi sebaliknya di Kelantan dan
kebanyakkan kawasan lain PAS sendiri akan berdepan dengan BN,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.