ANTARAPOS.COM
PETALING JAYA: Kes seorang pemimpin Pemuda PKR yang menghadapi tuduhan
memberi keterangan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) kini diteliti oleh dua pemimpin kanan parti itu.
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar memaklumkan siasatan kes Ketua
Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ampang, Datuk Adam Rosly Abdullah
diserahkan kepada Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan
Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin.
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sedang meneliti isu
yang mengaitkan kekayaan luar biasa yang dimiliki Ketua Angkatan Muda
Keadilan (AMK) Ampang, Datuk Adam Rosly Abdullah.
"Seperti yang kami kata, PKR tidak teragak-agak, tidak bertolak ansur
dengan sebarang amalan rasuah. Sekarang ia di tangan ketua disiplin,"
kata Nurul Izzah pada media, hari ini.
Nurul Izzah juga memaklumkan sebarang hasil siasatan berkenaan kes Adam
akan dirujuk kepada Biro Politik PKR bagi tindakan selanjutnya.
Untuk rekod Adam yang dikatakan memiliki “kekayaan luar biasa” dituduh
memberikan keterangan dan dokumen palsu di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur
pada 21 April lalu.
Dia juga didakwa memberi keterangan yang dilakukan untuk memperdaya pegawai SPRM untuk menyiasat sumber kekayaannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.