ANTARAPOS.COM
PETALING JAYA: Tindakan pengacara Ammar Titan yang mempersendakan nama
bapa Watson iaitu Nyambek turut diselar oleh Persatuan Seniman Malaysia
yang berhasrat mengambil tindakan terhadap artis itu.
Presidennya, Zed Zaidi berkata, pihak Seniman akan menyiasat perkara
berkenaan dan tindakan disiplin akan diambil sekirannya Ammar merupakan
ahli persatuan itu.
"Saya telah mengarahkan pengerusi biro dari persatuan Seniman Malaysia supaya menyiasat pekara ini.
"Sekirannya anda (Ammar) ahli Seniman hukuman dan tindakan disiplin
akan menyusuli, segalanya akan bergantung kepada siasatan nanti,"
ujarnya.
Zed berkata demikian bagi mengulas isu pengacara program komedi Sukan
Tak Sentral terbitan Primeworks Studios yang mempersendakan nama
mendiang bapa atlet negara Watson Nyambek dengan menyamakan dengan bunyi
seekor binatang iaitu kambing.
Perkara itu turut mendapat reaksi Watson yang melahirkan rasa kecewa
dan tersinggung dengan penghinaan itu apatah lagi bapanya telah
meninggal dunia tiga tahun lalu.
Walaupun Primeworks Studios menerusi Ketua Pegawai Eksekutifnya iaitu
Datuk Ahamd Izham Omar dan Ammar sendiri sudah memohon maaf, Watson
dikatakan akan meneruskan hajat mengambil tindakan undang-undang
terhadap pihak berkenaan.
Dalam pada itu tambah Zed, perbuatan Ammar itu sebagai tidak
profesional dan merupakan satu penghinaan kepada seorang yang banyak
berjasa kepada negara.
"Saya percaya pengacara tersebut juga akan terasa apabila nama bapanya
dipermainkan atau dihina apatah lagi bila orang tuanya itu sudah tiada,
apakah perasaan anda ketika itu?
"Anda juga memperlekehkan nama bapa perlumba negara dengan bunyikan
suara haiwan dan dari sudut persepsi masyarakat anda menyamakan bapa
pelumba tersebut sebagai seekor haiwan.
"Adakah itu cara stesen TV mengajar anda untuk berbuat demikian apabila
di kaca TV atau di radio? adakah ini di panggil professional
menggunakan lawak bagi sebuah penghinaan dan tidak memikirkan
sensitiviti rakyat Malaysia?" ujarnya.
Selain itu, Zed berkata, permohonan maaf yang dilakukan oleh stesen
televisyen dan pengacara itu sendiri tidak cukup untuk membetulkan imej
Watson.
"Segala permohonan maaf yang dilakukan oleh pihak stesen TV dan dari
anda sendiri tidak cukup untuk membetulkan kembali imej dan kredibiliti
pelumba negara tersebut.
"Anda pasti tahu... membina nama yang baik mengambil masa selama 20
tahun dan merosakkannya, hanya mengambil satu minit dan ia benar-benar
memalukan," ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.