Selain itu, Pahang juga dikatakan tidak membenarkan
penyokong pasukan pelawat memasuki Stadium Darul Makmur di Kuantan pada
perlawanan suku akhir pertama semalam.
KUALA LUMPUR: Pahang bakal dikenakan tindakan sekiranya dakwaan bahawa pasukan itu tidak mempamerkan semangat kesukanan ketika aksi suku akhir pertama Piala FA menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) semalam, adalah benar.
Penganjur Liga Malaysia (Liga-M), Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP), dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya akan menyiasat perkara itu sebelum mengambil sebarang keputusan lanjut.
Pahang dikatakan tidak memainkan lagu rasmi negeri Johor dan tidak membenarkan penyokong pasukan pelawat memasuki Stadium Darul Makmur di Kuantan pada perlawanan itu.
Selain itu, fasiliti media yang disediakan juga dikatakan tidak mencapai standard minimum pertandingan.
“FMLLP akan mendapatkan laporan penuh daripada Komisioner Perlawanan serta pegawai yang terlibat dan akan membuat penyiasatan terhadap perkara ini. Jika terbukti dakwaan ini benar, FMLLP akan mengambil tindakan yang sewajarnya.
“Ini kerana tiada tempat dalam Liga-M di alaf era baharu ini bagi mereka yang tidak mengamalkan semangat kesukanan kepada pasukan dan penyokong pasukan pelawat,” menurut kenyataan itu.
Pada aksi malam tadi, skuad Tok Gajah kendalian Dollah Salleh membenam juara bertahan, JDT 3-1, dengan aksi timbal balik akan diadakan pada 23 April di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.