Oleh Ainor Rahim
SHAH ALAM: Dakwaan yang dibuat Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli
berhubung bekas timbalan presiden PAS, Datuk Nasharudin Mat Isa menerima
dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) perlu dibuktikan bahawa ianya
bukan sekadar tuduhan kosong.
Timbalan Penasihat Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),
Dr Salawati Mat Basir berkata, jika tidak berbuat demikian, Ahli
Parlimen Pandan itu nyata telah memfitnah pihak-pihak berkaitan.
"Lagi sekali, ia hanya satu polemik politik. Kalau benar yang dikatakan
oleh Rafizi itu maka malanglah kepada PAS tetapi kalau tidak, bererti
ini satu fitnah yang ditaburkan untuk PAS sahaja semata-mata. Sebab
sebenarnya terus terang saya katakan dalam politik Malaysia tidak ada
yang mustahil. Langsung tidak ada yang mustahil.
"Jadi saya tidak terkejut dengan kenyataan Rafizi. Cuma pada saya
Rafizi perlu buktikan dengan sebenarnya benarnya dengan dokumen, dengan
bukti siapakah orang yang dikatakan mengambil wang tersebut. Itu sangat
penting sebab nanti akan jatuh fitnah yang akan menyebabkan kerugian
juga lah kepada dia sendiri," katanya ketika ditemu ramah Antarapos
baru-baru ini.
Ulasnya lagi, Rafizi juga dikira sudah 'terkenal' dengan siri
pendedahannya, namun begitu beliau harus membuktikan segala dakwaan yang
telah dibuat.
"Pada saya, Rafizi Ramli bukanlah tidak terkenal dengan perkara-perkara
begitu. Ramai sudah tahu dia memang macam itu," tambahnya.
Sebelum ini, Rafizi menamakan Nasharudin merupakan antara penerima dana 1MDB bersama individu lain yang enggan dinamakan.
Rafizi mendakwa memperolehi bukti itu daripada seorang bekas pegawai
kanan SPRM yang terbabit secara langsung dalam siasatan kewangan 1MDB.
Walaubagaimanapun, Nasharudin menafikan menerima sebarang bentuk dana
daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagaimana dituduh Rafizi
dan menyifatkannya sebagai fitnah terhadap beliau dan PAS.
Sehubungan itu, Nasharuddin turut membayangkan kemungkinan menyaman Rafizi di atas tuduhan-tuduhannya itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.