MALAYSIAKINI
Harga runcit RON95 dan bahan api RON97 naik untuk minggu ketiga
berturut-turut sejak pengenalan mekanisme harga siling bahan api
mingguan bulan lalu.
Berkuat kuasa tengah malam ini, seliter harga runcit RON95 akan naik tiga sen manakala RON97 akan naik dua sen.
Ini menyaksikan harga RON95 menjadi RM2.27 seliter dan RON97 naik kepada RM2.54 seliter.
Sementara itu, diesel akan dijual pada RM2.21 seliter, peningkatan sebanyak lima sen.
Ia adalah peningkatan kedua berturut-turut untuk diesel.
Harga runcit bahan api ditentukan berdasarkan purata mata wang Mean of Platts Singapura minggu
sebelumnya.
Harga minyak mentah global menunjukkan peningkatan berikutan
perjanjian oleh Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (Opec)
serta negara-negara bukan OPEC untuk mengurangkan pengeluaran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.