ALOR SETAR
– Perwakilan PAS Pulau Pinang, Mohd Yusni Mat Piah menyifatkan parti
rasis dan cauvinis DAP sebagai musuh yang lebih besar berbanding Barisan
Nasional (BN) dan UMNO kerana secara terang menentang usaha menegakkan
syariat Islam di negara ini.
“DAP jelas menolak perlaksanaan syariat dan terbaharu menolak pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355.
“DAP mengamalkan politik rimba, politik binatang dan politik dendam. Ia dapat dilihat dengan isu pemecatan ahli majlis dari PAS di Pulau Pinang. Bukan sahaja ahli majlis, malah Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dari PAS.
“Lebih mengejutkan pada 19 April lalu, Kerajaan DAP Pulau Pinang mengamalkan politik dendam apabila memecat seorang wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO), yang menjadi Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Shazwani Muhamad Amin. Beliau dikatakan tidak menepati hasrat kerajaan DAP,” katanya,
Malah, tidak cukup dengan itu, Mohd Yusni berkata, DAP juga mengganggu urusan fatwa di Pulau Pinang sehingga ada yang tergantung dan masih belum diwartakan.
“Tindakan anti-Islam mereka juga dapat dilihat apabila pemimpin DAP di Kuching mempertikaikan kehadiran guru agama dari Semenanjung yang dihantar ke Sarawak,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.