DUNGUN
– Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sekali lagi dilihat goyah
apabila seramai 30 anggotanya termasuk Anggota Jawatankuasa Biro
Penerangan PPBM Dungun Azmi Mohammad mengisytiharkan keluar dari parti
itu.
Azmi juga malah mengumumkan kembali menyertai UMNO di Bandar Al Muktafi Billah Shah Dekat Bukit Besi di sini, hari ini.
Beliau berkata, 20 hingga 30 lagi anggota PPBM Dungun dijangka turut berbuat demikian dalam masa terdekat.
Keputusan
keluar parti itu diumumkan dalam program Selamat Tinggal PPBM – Sirih
Pulang ke Gagang, UMNO Dulu, Kini dan Selamanya di sini, malam tadi.
Mereka
difahamkan mengambil keputusan itu kerana mendapati PPBM tidak mampu
membela nasib orang Melayu sepertimana yang dilakukan UMNO selama ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.