ANTARAPOS.COM
KOTA TINGGI: Sekumpulan empat lelaki dipercayai sesat ketika mendaki
Gunung Panti, Kota Tinggi di sini petang semalam dan sehingga kini
operasi mencari serta menyelamat masih giat menjalankan.
Dalam kejadian pada jam 6 petang itu, sebuah kereta Perodua Kelisa
dinaiki mereka turut dijumpai pasukan mencari dan menyelamat yang
terletak berhampiran Air Terjun Kota Tinggi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), berkata
pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.02 petang semalam.
Katanya, enam anggota bersama sebuah jentera dikerah ke lokasi kejadian
dan operasi mencari serta menyelamat terus dilakukan, bagaimanapun
dihentikan sementara pada jam 8 malam tadi.
"Operasi diteruskan jam 10.30 malam tadi sehingga jam 6.30 pagi ini dan
semua mangsa masih belum ditemui," katanya di sini, hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.