Khamis, 2 Mac 2017

Pakcik Jalud meninggal dunia akibat sakit tua

ANTARAPOS.COM
 
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Ventriloquist pertama Malaysia, Sheikh Mahadi Ahmad Baladram atau lebih dikenali dengan nama Pakcik Jalud, meninggal akibat sakit tua jam 11 pagi tadi.
 
Allahyarham yang dikenali ramai pada era 70-an dan 80-an meninggalkan seorang isteri dan dua anak.
 
Menurut anak angkatnya, Aminuddin Ahmad Nasir, 29, Allahyarham meninggal pada usia 70 tahun kerana sakit tua dan semput di rumahnya di Bandar Tun Razak, Cheras, di sini.
 
Allahyarham akan dikebumikan selepas waktu Asar di Tanah Perkuburan Alam Damai, Cheras, selepas disembahyangkan di Surau Al-Mustaqimah, Taman Jaya, Bandar Tun Razak.
 
Menerusi temubual bersama media sebelum ini, beliau berkata, boneka popularnya yang diberi nama Jalud itu dibeli di Amerika Syarikat pada harga RM300.
 
Beliau bagaimanapun membuat sedikit penambahan ke atas boneka terbabit seperti menambah gigi hadapan, gaya rambut dan pakaian.
 
Selain Jalud, Mahadi juga mempunyai sebuah lagi boneka yang diberi nama Dr Al-Latah.
 
Allahyarham memulakan kerjaya sebagai penghibur selepas menjadi finalis Bakat TV RTM 1978. Selain itu, beliau juga pernah muncul dalam dunia lakonan menerusi Mami Jarum arahan Prof Datuk Dr Razak Mohaideen.
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.