Jumaat, 24 Mac 2017

Muafakat politik haruslah dihormati



Oleh Ahmad Lutfi Othman


 


Tidak menjadi kesalahan atau dosa kepada mana2 parti untuk bercita2 tinggi dalam politik. Misalnya, sasaran untuk menguasai mana2 negeri, bahkan Malaysia seluruhnya. Begitu juga dengan impian mana2 pemimpin untuk jadi MB atau PM.

Apatah lagi khusus untuk kes di Selangor; ketiga2 parti mempunyai pengaruh dan bilangan kerusi Dun yang seimbang.

Tapi muafakat politik haruslah dihormati dan ia tidak semestinya tidak boleh dirombak atau dibincangkan semula.

Kes di Perak pada 2008 membuktikan tidak semestinya pemilik kerusi majoriti menjadi MB tapi harus mendapat sokongan majoriti.

Soalnya, apa justifikasi Pas untuk pimpin Selangor, jika awal2 lagi sudah berpatah arang dengan DAP dan "mencari pasal" dengan PKR; apakah sudah ada niat untuk kerjasama dengan Umno, atau Pas yakin dengan keupayaan sendiri?

Kawan2 dalam Pas janganlah melatah sangat. Cubalah beri pencerahan bagaimana impian untuk pimpin Selangor boleh direalisasikan. Berani buat keputusan dan bersedialah untuk beri penjelasan. Mudah saja, 'kan?

Dan bersikap lasaklah sikit dengan tanggapan orang luar termasuk wartawan cabuk macam saya ni. Alah... kita pun -- anda dan saya -- dari produk yang sama. Dapat memahami dan menduga apa yang sedang berlaku

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.