Jumaat, 24 Mac 2017

Kesabaran ahli PAS terhadap PKR tiba ke kemuncak.

DETIK DAILY



17 Mac lalu, seluruh rakyat negara ini telah dikejutkan dengan tindakan Dewan Pemuda PAS Kawasan Tumpat, Kelantan yang meluluskan usul supaya PAS memutuskan atau membatalkan tahaluf siyasinya bersama Parti KeaADILan Rakyat (PKR) dan mengambil semula semua kerusi yang dipinjamkan oleh PAS kepada PKR.

Usul tersebut diluluskan ekoran usul tergempar yang dikemukakan oleh Perwakilan Cabang Empat Kedai, Ahmad  Fadli Abu Bakar pada Mesyuarat Agung Dewan Pemuda Tumpat ke-40 yang turut disokong beberapa perwakilan lain.

Menurut pihak yang membawa susul, langkah itu perlu dilakukan oleh PAS memandangkan PKR yang mengaku mempunyai hubungan tahaluf siyasi dengan PAS, namun dalam masa yang sama mengekalkan kerjasama dengan musuh parti itu iaitu DAP dan PAN.

Pada 19 dan 20 Mac lalu pula, tiga lagi kawasan PAS, khususnya dari Pulau Pinang, turut mengemukakan usul serupa menerusi mesyuarat agung masing masing-masing dan diluluskan sebulat suara. Ketiga-tiga Kawasan terbabit terdiri daripada PAS Kawasan Permatang Pauh, Tasek Gelugor dan Bayan Baru.

Antara alasan usul termasuklah ekoran pelbagai isu yang dianggap telah melanggar syarat-syarat tahaluf siyasi oleh parti berkenaan selaku rakan PAS. Antaranya, termasuk campur tangan politik terhadap proses fatwa di negeri itu, selain sikap PKR yang dilihat ‘keberatan’ untuk menyokong pindaan Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 yang diperjuangkan PAS sejak sekian lama.

Pada masa sama, mereka amat kesal dengan sikap PKR yang bersama DAP dan partiparti pembangkang lain yang sering menikam PAS dari belakang, sehingga mendorong mereka mengemukakan usul tersebut untuk dibawa ke Muktamar Agung PAS ke-63 yang akan berlangsung di Kedah April nanti.

Menyelusuri pembentangan usul-usul itu, para penganalisa politik sememangnya menyifatkannya sebagai bukan sesuatu yang mengejutkan. Malah mereka juga sudah dapat membaca tindakan itu pasti akan dilakukan oleh ahli-ahli PAS menjelang Muktamar Agung PAS ke-63 ini ekoran kekecewaan mereka terhadap pimpinan parti itu sejak beberapa tahun lalu.

Sikap tikam belakang pimpinan PKR terhadap PAS bukan sesuatu yang mampu disembunyikan lagi. Malah pimpinan PKR ternyata amat tidak terhutang budi dan mengenang segala jasa PAS terhadap mereka. Setelah PAS berkorban dan bertolak ansur sehingga ke tahap yang amat tinggi terhadap parti itu, mereka langsung tidak menghargainya, malah tergamak pula dipersendakan dengan pelbagai tindakan.

Srsungguhnya, ahli-ahli PAS telah sekian lama bersabar dengan sikap pimpinan parti itu selama ini. Kini kesabaran mereka ternyata sudah berada di kemuncaknya. Namun yang lebih mengecewakan ahliahli PAS bukan semata-mata atas persoalan peribadi.

Sebaliknya yang lebih jauh dari itu adalah tindakan PKR sendiri yang ternyata tidak langsung membantu perjuangan PAS untuk mendaulatkan Islam di tanah air tercinta ini. Justeru, tiadalah maknanya lagi jika kerjasama itu diteruskan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.