Rabu, 1 Mac 2017

Jins Shamsuddin meninggal dunia

ANTARAPOS.COM
Post Pic

HULU KLANG: Seniman legenda, Tan Sri Jins Shamsuddin, 81, meninggal dunia di sebuah klinik di Taman Melawati, di sini, dipercayai akibat sesak nafas selepas tercekik kuih di kediamannya, petang tadi.

Anak kedua Jins, Putera Hang Jebat, mengesahkan bapanya meninggal dunia setibanya di klinik, kira-kira jam 5.45 petang.

"Ayah minum petang dan ketika hendak makan cekodok, ayah tercekik. Melihat keadaan ayah, mak segera membawa ayah ke klinik berdekatan.

"Bagaimanapun, ayah disahkan meninggal dunia setibanya di klinik,," katanya kepada BH Online.
Hang Jebat berkata, dia dan adiknya, Hang Nadim masih terkejut dengan apa yang berlaku ke atas Allahyarham.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.