Isnin, 27 Mac 2017

Individu cuba rasuah Sultan Johor dikenal pasti - SPRM

ANTARAPOS.COM
Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah mengenal pasti individu yang terbabit dalam cubaan merasuah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, berhubung penganugerahan darjah kebesaran. 
 
SPRM dalam satu kenyataan hari ini berkata, maklumat itu diperolehi hasil pertemuan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad dan pegawai kanan SPRM dengan Sultan Ibrahim di Kuala Lumpur, hari ini. 
 
Katanya, maklumat itu berhubung individu yang terbabit berkaitan rasuah untuk mendapatkan darjah kebesaran yang membawa gelaran 'Tan Sri'. 
 
"Dalam menjunjung titah baginda, SPRM akan memastikan siasatan yang telus akan dijalankan berkenaan perkara ini dan tindakan yang sewajarnya akan diambil berdasarkan undang-undang. 
 
"SPRM amat menyanjung tinggi sokongan penuh baginda kepada SPRM serta komitmen berterusan baginda dalam memerangi dan menghapuskan jenayah rasuah serta salah guna kuasa di negara ini, amnya dan di Johor, khususnya," katanya.
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.