ANTARAPOS.COM
KUALA LUMPUR: DAP menegaskan semua parti dalam Pakatan Harapan
mengamalkan konsep sama rata, sekali gus menolak cadangan PPBM untuk
menjadi parti utama mendukung perjuangan Pakatan Harapan.
Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke, berkata cadangan yang
disuarakan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin, itu tidak sepatutnya
ditimbulkan kerana tidak wujud persoalan mana-mana parti mendominasi
pakatan itu.
"Seperti kita sedia maklum, semua parti di bawa Pakatan Harapan mempunyai hak yang sama rata.
"Maka, tiada isu parti mana yang akan mendominasi gabungan parti itu.
"Hak itu juga diamalkan sejak penubuhan Pakatan Rakyat," katanya dipetik
portal Berita Harian.
Muhyiddin sebelum ini dilaporkan berkata pihaknya mencadangkan gabungan
itu berteraskan Melayu di mana parti pimpinannya itu akan mendukung
perjuangan Pakatan Harapan selepas seminggu menyertai Pakatan Harapan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.