Jumaat, 24 Mac 2017

Cadangan PH contohi BN tidak sesuai, kata Zuraidah

Oleh Nur Atiqah Abd Samad
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Pakatan Harapan (PH) ada cara tersendiri untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), dan tidak perlu mengikut cara yang diamalkan Barisan Nasional (BN).
 
Menurut Ketua Wanitanya Zuraida Kamaruddin, cadangan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad agar PH mencontohi BN tidak sesuai kerana ia berbeza dengan amalan politik yang diamalkan pembangkang. 
 
"Kita daripada pembangkang ini ada kita punya corak ataupun acuan kita tersendiri dan kita berlandaskan prinsip demokrasi, bebas bersuara, berani untuk bersuara.
 
"(Dr Mahathir) daripada latarbelakang politik (kesatuan) jadi daripada kerajaan cara untuk mentadbir, mengawal, beri arahan, buat keputusan (adalah) berlainan dengan kami pihak pembangkang," katanya ketika dihubungi Antarapos.
 
Malah beliau mendakwa, BN mampu mewujudkan kesatuan kerana mereka boleh menggunakan kuasa yang ada perkara ini berbeza dengan PH.
 
"Saya tak salahkan (Dr Mahathir) kerana dia datang daripada disiplin yang sedemikian BN yang ada kesatuan kerana dia mampu untuk memberi habuan kepada mereka-mereka yang tak puas hati, berlainan pendapat, hilang peluang. 
 
Baru-baru ini Dr Mahathir berkata pakatan pembangkang perlu mengikut cara BN sekiranya mahu menang pada PRU14 nanti.
 
Mantan Perdana Menteri itu berkata, rahsia kemenangan BN adalah kekuatan sebagai sebuah gabungan, tidak ada perpecahan dalam parti komponen walaupun ada kala terdapat perbezaan pendapat.
 
Ujarnya lagi, kaedah itu digunakan sejak penubuhan parti Perikatan lagi sehingga berjaya membentuk kerajaan.
 
Malah DAP juga turut tidak bersetuju dengan cadangan Mahathir ini, dan menyifatkan BN tidak mengamalkan sifat konsensus seperti PH.
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.