BANGI –
Produk bebola ikan jenama Kak Su yang berada di pasaran dipercayai
bukan keluaran muslim, sebaliknya adalah keluaran pemilik bukan Islam.
Berdasarkan
label bungkusan bebola ikan jenama Kak Su, ianya sama seperti bungkusan
bebola ikan yang dikeluarkan Hong Seng Fish Product Sdn Bhd.
Ismaweb mendapati alamat kilang, nombor telefon pada kedua-dua bungkusan juga adalah sama.
Mengikut
label, alamat kedua produk berkenaan ialah No 128A, Tingkat Bawah, Jalan
Gangsa Mergong, Tepi Pemborong Pasar Ikan, 05150, Alor Setar. Manakala
nombor telefonnya ialah 04-7330413.
Ismaweb cuba menghubungi nombor telefon pada plastik pembungkus bebola ikan berkenaan tetapi tiada jawapan.
Menerusi
kenyataan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di Facebooknya,
pihaknya kini sedang membuat siasatan lanjut sejurus menerima aduan
orang ramai.
Sehubungan
itu, PPIM menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan taktik
peniaga bukan muslim yang menggunakan nama Islam demi kepentingan
tertentu.
“Kami
khuatir pengguna Islam yang mencari produk halal lagi baik sebaliknya
terpedaya dengan penggunaan jenama berunsur Melayu dan Islam oleh
peniaga bukan muslim,” katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.