MERSING: 4 lagi mayat ditemukan hari ini menjadikannya 14 orang angka
korban bot karam di perairan Tanjung Rhu di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Mersing DSP Cyril Edward Nuing berkata 2 mayat
melibatkan seorang lelaki dan perempuan ditemui terapung sekitar 4 batu
nautika dari Tanjung Rhu pada 4.40 petang tadi oleh anggota Tentera Laut
Diraja Malaysia (TLDM) yang sedang menjalankan rondaan di kawasan itu.
Terdahulu, mayat 2 lelaki tanpa dokumen diri ditemukan terdampar oleh
pasukan mencari dan menyelamat di pantai berhampiran pada 12 tengah hari
tadi.
Katanya kesemua mayat berkenaan dihantar ke Hospital Mersing untuk bedah siasat.
Dalam kejadian kira-kira 4 pagi semalam, bot pancung dipercayai dinaiki
40 orang dari Batam, Indonesia cuba masuk ke negara ini sebelum karam
akibat dipukul ombak kuat.
Mayat 10 warga asing melibatkan 4 lelaki dan 6 wanita dijumpai
terdampar di pantai berkenaan semalam, bagaimanapun 2 mangsa ditemui
selamat iaitu seorang lelaki dan seorang wanita, masing-masing berusia
28 dan 20 tahun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.