Rabu, 25 Januari 2017

Jamal susun 10 buah katil depan SUK Selangor

Oleh Haizal Yatiran
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Ketua Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos sekali lagi membuat oner di hadapan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor dengan membawa 10 buah katil dengan bunting tertera 'Rumah Urut Selangorku'.
 
Jamal berkata ia adalah protes terhadap isu rumah urut di negeri itu, yang pernah ditimbulkan olehnya sebelum ini.
 
Jamal dalam sidang medianya mendakwa terdapat lebih 4000 rumah urut beroperasi di Selangor yang turut menyediakan perkhidmat seks kepada pelanggannya.
 
Terdahulu sebuah lori tiba di hadapan SUK sekitar jam 10.50 pagi dengan membawa muatan katil-katil itu.
 
Kesemua katil itu dipasang cadar bercop 'D.A.P (Dapat Aiskrim Percuma) manakala sarung bantal pula ditulis perkataan 'Rumah Urut Selangorku'.
 
Sekitar jam 11 pagi, Jamal yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar tiba menaiki motorsikal berkuasa tinggi dengan membawa tong aiskrim.
 
Tong aiskrim itu dibalut dengan kertas yang memaparkan gambar 'aksi aiskrim' Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
 
Sehubungan itu, Jamal memberitahu beliau akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa terdekat berkenaan isu rumah urut di negeri itu.
 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.