shahbudindotcom
Walaupun
tidak hadir dalam Forum Ekonomi Dunia di Davos, Siwitzerland, kelibat
Najib Razak tetap "muncul" di persidangan tersebut.
Sudah
tentu, berikutan "kemunculan" itu, nama Najib turut menjadi bualan dan
sosek-sosek di kalangan para peserta seluruh dunia yang hadir.
"Kemunculan"
Najib dalam Forum Ekonomi Dunia itu adalah melalui tayangan di skrin
dalam satu sessi di mana kartun Zunar telah dipaparkan untuk
menggambarkan perbezaan antara Najib dengan Donald Trump, Presiden baru
Amerika Syarikat.
Dalam
lakaran kartun itu, Najib digambarkan menjadi bilionaire kerana jawatan
Perdana Menteri yang disandangnya berikutan menerima derma sebanyak
RM2.6 bilion, manakala Donald Trump pula adalah bilionaire yang berjaya
menjadi Presiden Amerika Syarikat.
Sebelum
ini, ketidakhadiran Najib di forum tersebut dikaitkan dengan
penyiasatan yang turut dilakukan oleh Switzerland berkaitan skandal
1MDB. Peguam Negara Switzerland dilaporkan telah dua kali memohon
bantuan MLA dengan negara kita, namun ditolak oleh pejabat Peguam Negara
Malaysia.
Hebat
kan kita ada Perdana Menteri bernama Najib...hadir atau tidak hadir,
namanya tetap menjadi sebutan dan seolah-olah tidak mudah dilupakan oleh
minda dunia.
Sehingga ini, tidak ada mana-mana Perdana Menteri Malaysia yang terbukti mempunyai "kehebatan" seperti Najib itu.
Tun Mahathir Mohamad yang gemilang dengan pelbagai kecemerlangan selama 22 tahun pun tak terlawan dengan "kehebatan" Najib.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.