shahbudindot.com
Tun Mahathir Mohamad menegaskan, tempoh untuk Pas berbincang bagi mengadakan kerjasama dengan Pakatan Harapan sudah pun berakhir.
Menurut beliau, Bersatu sudah memberi lebih masa kepada Pas bagi membolehkan parti berkenaan memberi pandangan dan berbincang.
"Selepas Bersatu menyatakan syarat yang dikehendaki, Pas pula selepas sekian lama masih tidak memberi sebarang jawapan.
"Hasrat
Bersatu, jika Pas tak nak sertai Pakatan Harapan, Bersatu akan berada
dalam Pakatan Harapan. Kalau Pas tak nak, (biar) tak naklah," kata Tun
Mahathir yang juga Pengerusi Bersatu.
Setakat
ini status Bersatu adalah bekerjasama dengan Pakatan Harapan dan
difahamkan keputusan untuk menyertai gabungan pembangkang itu secara
rasmi akan diambil dalam mesyuaratnya yang akan datang.
Dengan penegasan Tun Mahathir ini, bermakna pertembungan sebenar dalam PRU 14 adalah antara BN dengan Pakatan Harapan.
Maka, sekarang ini terserahlah pula kepada Pas untuk membuat keputusan yang seterusnya.
Hanya
dua pilihan yang tinggal buat Pas bagi menghadapi pilihanraya akan
datang - kekal bersendirian atau menjalin kerjasama secara rasmi dengan
Najib, UMNO dan BN.
Tetapi, barang diingat, apa pun keputusan Pas selepas ini, ia tetap memihak untuk memberi kelebihan kepada Najib, UMNO dan BN.
Setelah
berkali-kali memberi penegasan untuk bertanding hanya di 70 kerusi
Parlimen saja, Pas, jika bertanding secara bersendirian, tidak mungkin
mencukupi untuk menubuhkan sebuah kerajaan.
Berada
di tengah-tengah pertembungan antara BN dengan Pakatan Harapan, Pas
lebih mungkin menjadi "kancil yang akan mati tersepit apabila terjadi
pergaduhan antara gajah sama gajah".
Boleh
jadi juga hasrat Pas untuk menjadi "king maker" tidak akan kesampaian
kerana adalah lebih baik pengundi untuk terus saja membuat pilihan
antara BN atau Pakatan Harapan untuk menjadi kerajaan yang mentadbir
negara ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.