KELMARIN, Annuar Musa sebagai Pengerusi Mara memberitahu, Universiti
Kuala Lumpur (UniKL) mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC)
sebagai syarat kemasukan dan menggalakkan lepasan UEC memohon pelbagai
jurusan ditawarkan, termasuk Pendidikan Latihan Teknik dan Vokasional
(TVET) yang menjadi fokus utama universiti itu.
Katanya,
walaupun di bawah kendalian Mara, UniKL adalah institusi pengajian
tinggi swasta (IPTS) yang telah mendapat kelulusan daripada Kementerian
Pendidikan Tinggi (KPT) untuk menerima permohonan pemegang sijil
tersebut.
“Ramai
yang terlepas pandang dan menyangka UniKL sebuah univesiti awam kerana
ia di bawah Mara tetapi sebenarnya ia IPTS. Saya sudah periksa polisi
UniKL dan sememangnya kita dibenarkan mengambil lulusan UEC dan
pensijilan antarabangsa lain seperti O-Level,” kata Annuar.
Macam
Pedang tulis semalam, UEC adalah Sijil Peperiksaan Bersama
Sekolah-Sekolah Menengah Persendirian Cina Malaysia dikeluarkan oleh
Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia.
Langsung tidak mematuhi Dasar Pendidikan Kebangsaan.
Walaupun,
telah berulang kali dijelaskan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) tidak mengiktiraf sijil ini, ia tetap menjadi salah satu agenda
rasis Gabungan Persekutuan Persatuan Lembaga Sekolah-Sekolah Cina
Malaysia (Dong Jiao Zong) dan ahli jawatankuasanya Dong Zong.
Akibat
kenyataan Annuar itu pelbagai pihak mengecamnya. Ikatan Muslimin
Malaysia (Isma), Perkasa dan Alumni UniKL juga membantah, selain
menyifatkan Annuar dan Mara sudah terdesak.
Ketua
Penerangan Isma, Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman menyifatkan apa yang
dinyatakan oleh Annuar jelas menunjukkan Mara di bawah kepimpinan beliau
sudah hilang arah dan hala tuju.
“Mara
sudah hilang arah dan hala tuju. Pengiktirafan UEC oleh UniKL adalah
tindakan terdesak Mara di bawah kepimpinan Tan Sri Annuar Musa yang
ternyata gagal. Beliau gagal dalam menangani isu KAFA dan terkait dengan
kontroversi pembelian hartanah di Australia,” katanya.
Presiden
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali pula
berkata, UMNO mungkin akan kehilangan kepercayaan orang Melayu jika
langkah itu diteruskan.
“Saya
tidak faham apa yang berlaku dengan Mara pada hari ini walhal agensi
ini sepatutnya mempunyai pengerusi yang mampu membawa agenda Bumiputera
secara berterusan dan relevan dengan perubahan persekitaran,” kata pula
Yang Dipertua Persatuan Alumni UniKL, Muzammil Arif Kamaruddin.
Kemudian,
tiba-tiba sekali lagi semalam tampil Menteri Kemajuan Luar Bandar dan
Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menyelamatkan Annuar dengan
menyatakan setakat ini, UniKL tidak berhasrat untuk mengiktiraf UEC bagi
kemasukan ke universiti itu.
Kata
Ismail Sabri, walaupun UniKL sebuah institusi pengajian tinggi swasta
(IPTS), tetapi ia adalah milik penuh Mara yang sehingga kini masih
mematuhi falsafah pendidikan negara.
Ismail
Sabri sebelum ini pun menyelamatkan air muka Annuar dalam kes Pelaburan
Mara dan UniKL menaja pasukan bola sepak Kelantan – The Red Warriors
(TRW) – di mana Annuar adalah bekas Presiden Kafa.
Menteri
itu mengarahkan Mara dan UniKL menghentikan tajaan itu, selepas
mendapati apa yang dikatakan Tunku Mahkota Johor (TMJ) serta pendedahan
dokumen tajaan itu, ada kebenaran.
Sebelum
ini, tanpa usul periksa, sebaliknya mahu membalas apa yang didedahkan
oleh TMJ itu sebagai tidak benar, Annuar menafikan dengan keras penajaan
itu dengan berkata, Mara tidak pernah menaja TRW walau sesen pun.
Akhirnya, Annuar mengaku juga mengenai dokumen penajaan yang didedahkan itu.
Itu,
adalah apa yang terbongkar dan dapat diketahui umum. Bagaimana, jika
ada lagi urusan atau urusniaga yang tersembunyi, sebagaimana isu
hartanah Mara di Australia?
Annuar
yang juga Ketua Penerangan UMNO mungkin tidak sedar apabila dia
mengatakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, hilang punca
apabila mahu mengadakan siri jelajah Deklarasi Rakyat untuk menjatuhkan
Datuk Seri Najib Razak.
Kata
Pedang: Annuar sendiri sudah hilang punca dalam mengendalikan Mara –
agensi yang ditubuhkan pada 1 Mac 1966, hasil daripada resolusi Kongres
Ekonomi Bumiputera pertama pada 1965. Dan, dia patut letak jawatan.
Penafian: Kata Pedang adalah segmen lidah pengarang Ismaweb.net.
Pandangan yang diberikan dalam ruang Kata Pedang tidak mewakili
pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam
dan Melayu sederhana.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.