Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin
BANGI
– Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan
Melayu dan Islam sederhana, Aminuddin Yahya menyifatkan cadangan
beberapa ahli akademik serta aktivis untuk menjadikan Rukun Negara
sebagai mukadimah kepada Perlembagaan sebagai amat berbahaya.
Ini kerana, katanya, ia bercanggah dengan nilai kemurnian Perlembagaan yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan.
Bahkan,
dalam Rukun Negara tidak dinyatakan secara jelas tentang kedudukan
Islam, sebaliknya hanya menyatakan kepercayaan kepada Tuhan.
Justeru,
beliau berkata, cadangan itu akan mengakibatkan Islam diletak sama taraf
dengan agama-agama lain yang mana bertentangan dengan Perlembagaan dan
menyinggung kuasa Duli Yang Maha Mulia Yang diPertuan Agong selaku Ketua
Agama Islam di negara ini.
Selain itu, Rukun Negara juga tidak menyatakan kedudukan orang Melayu yang juga termaktub dalam Perlembagaan.
“Ini akan
menghakis kedudukan orang Melayu secara halus. Ia satu usaha yang mesti
ditentang dan yang tidak memahami nilai-nilai yang terkandung dalam
Perlembagaan. Cadangan ini merupakan pemikiran liberal yang mahu
mencairkan Islam dan kedudukan orang Melayu.
“Kita
mohon rakyat dan ahli-ahli Parlimen menolak cadangan ini yang dikatakan
akan dilobi kepada ahli-ahli Parlimen sebelum dibentang kepada Parlimen.
“Kita juga
menuntut agar cadangan ini dibahas dan dinilai oleh pakar-pakar
Perlembagaan terlebih dahulu dan bukan hanya sekelompok kecil manusia,”
tegasnya dalam satu kenyataan, hari ini.
Semalam,
sekumpulan ahli akademik dan aktivis telah melancarkan satu inisiatif
untuk menjadikan Rukun Negara sebagai mukadimah kepada Perlembagaan
Persekutuan.
Inisitiaf
yang dikenali sebagai Rukun Negara Mukadimmah Perlembagaan (RMP)
tersebut bermatlamat antaranya menjadikan dokumen negara itu sebagai
garis panduan kepada penggubalan undang-undang negara.
RMP
digerakkan oleh lebih 100 individu berpengaruh di kalangan masyarakat
awam, termasuk pakar perlembagaan berfikiran liberal, Prof Emeritus
Datuk Dr Shad Saleem Faruqi; ahli akademik, Prof Dr Tan Chong Tin;
peguam, Firdaus Husni serta aktivis sosial, Datin Paduka Marina Mahathir
dan Zainah Anwar.
Kumpulan
itu malah mengalu-alukan rakyat Malaysia supaya tampil menyokongnya
menerusi tandatangan selama tiga bulan sehingga 30 April.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.