DETIK DAILY
Majlis
Daerah Sabak Bernam (MDSB) menghantar notis perintah tutup Sekin
Fishermen Village Hotel & Resort dan serta-merta merobohkan premis
milik Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunus hari
ini.
Notis bertarikh 22 Disember itu antara lainnya menyebut
pemilik telah menjalankan aktiviti perhotelan tanpa lesen yang sah
daripada pihak berkuasa melesen mengikut UUK 3(1) Undang-undang Kecil
Hotel MDSB,2013.
Notis juga menyebut dalam pemeriksaan dilakukan
MDSB mendapati Jamal telah melakukan kesalahan tersebut di atas Lot
13081,13082 dan 13083 Jalan Pantai Redang, Sekinchan.
Datuk Seri Jamal Md Yunus Jamal
ketika dihubungi mengesahkan menerima notis itu dan akan mengadakan
sidang medianya esok jam 3 petang untuk menerangkan butiran lanjut
mengenai penyitaan MDSB di premis perniagaannya yang dibuka sejak lima
tahun lalu.
Sekin Hotel & Resort dibina diatas tanah seluas
25 hektar menyediakan 158 bilik dan terdapat 30 chalet tepi pantai
dengan kos pembinaan sejumlah RM12juta.
Beliau tidak menolak
kemungkinan notis dihantar MDSB ini dilaksanakan ekoran tindakannya
membidas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohd Azmin Ali berkaitan isu
air di negeri itu.
Jamal semalam hadir di SUK Shah Alam hanya
bertuala sambil membawa berus gigi, shampoo dan sabun untuk menumpang
mandi di pejabat menteri besar tetapi hajatnya itu dihalang di pintu
masuk bangunan SUK.
Jamal turut memaklumkan kerja meroboh premis perniagaannya oleh MDSB sedang dilakukan itu dakwanya atas arahan menteri besar.
"Pagi
tadi hantar notis petang ni dirobohkan. Ini adalah tindakan balas
dendam kerajaan negeri terhadap kelantangan saya mengkritik kerajaan di
bawah pimpinan Azmin Ali.
"Apa yang saya lakukan ini adalah untuk kepentingan rakyat Selangor yang derita dengan masalah ketiadaan air," ujarnya.
Malah
dakwa Jamal pula semua syarat dan bayaran telah dibuatnya kepada
MDSB sebaliknya beliau berkata surat dan semua dokumen tersebut tidak
benar sama sekali.
" Lesen sudah dimohon lima tahun. Semua syarat dan bayaran telah dibuat tetapi lesen tidak diberi oleh MDSB," ujarnya.
Pegawai
MBSB ketika datang ke premis perniagaan Jamal untuk menyerahkan notis
sita dan perobohan hari ini yang dilaksanakan serta merta.
Jentolak sudah merobohkan sebahagian kawasan pembinaan di tapak premis sehingga tengahari ini.
LIHAT VIDEO BERKAITAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.