IPOH: Seorang lelaki berpangkat Datuk parah manakala isterinya cedera
selepas ditetak sekumpulan perompak di rumah mereka di Taman Meru
Heights di sini hari ini.
Kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu dipercayai berlaku ketika
mangsa dan isterinya sedang bersiap untuk keluar sebelum didatangi
perompak yang menunggang motosikal.
Menurut jiran mangsa yang dikenali Jasmine, 50-an, dia yang baru
pulang ke rumah terkejut apabila mendengar jeritan meminta tolong dari
rumah mangsa.
"Saya terkejut apabila melihat kira-kira lima hingga enam orang lelaki
berlari keluar dari rumah mangsa dan memecut laju motosikal yang
diletakkan di luar pagar.
"Saya tidak tahu apa yang terjadi kepada mangsa kerana tubuhnya
terlindung di sebalik kereta. Oleh sebab bimbang dengan keselamatan
mereka, saya terus menghubungi polis untuk meminta bantuan dan meminta
isteri mangsa mengunci pintu pagar rumah dengan segera," katanya.
Difahamkan, ketika kejadian anak perempuan dan cucu mangsa berada di
dalam rumah berkenaan namun tidak dicederakan oleh perompak tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.