ALMADULILLAH, satu lagi
kepincangan korporat membabitkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berjaya
didedahkan secara meluas oleh penggiat media sosial.
Di masa yang sama,
penggiat media sosial terus dikenakan tindakan undang-undang sama ada kerana kesilapan mereka sendiri
atau kerana mereka menjolok sarang tebuan.
Pendedahan kali ini
tercetus berikutan penyiaran sebuah gambar beberapa orang lelaki dan seorang
perempuan yang didakwa terdiri daripada eksekutif kanan Felda Global Ventures
Bhd (FGV).
Gambar itu kemudiannya
menjadi viral (merebak) dan mencetuskan perbahasan hangat. Ia mencapai kemuncak
apabila tersebar berita mengatakan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah
menjual semua saham FGV yang dimilikinya.
Gambar penghisap cerut yang menjadi viral |
Berita itu khabarnya berpunca daripada memorandum dalaman KWSP. Ia turut
menyatakan yang pinjamannya kepada FGV tidak mengalami sebarang masalah
pembayaran balik.
Pendedahan KWSP itu menyebabkan saham FGV yang telah pun tenat di Bursa Malaysia, menjadi semakin nazak.
Pendedahan KWSP itu menyebabkan saham FGV yang telah pun tenat di Bursa Malaysia, menjadi semakin nazak.
Dalam masa dua hari harga sahamnya jatuh
hampir enam peratus kepada RM1.53.
Ini adalah antara tahap paling rendah
dideritai FGV sejak disenaraikan di Bursa Malaysia pada 28 Jun, 2012.
Pada kadar harga RM1.53
itu, nilai saham FGV telah merudum tiga kali ganda daripada harga tawaran awam
permulaan (IPO) RM4.55 pada tahun 2012.
Harga saham GFV menrudum |
Daripada keuntungan sebanyak RM980 juta pada tahun 2013, pencapaiannya merosot kepada RM306 juta (2014), RM117 juta (2015) dan rugi RM98 juta sehingga suku ketiga tahun ini.
Margin keuntungan
merosot daripada 7.8 peratus pada tahun 2013 kepada 1.9 peratus (2014), 0.7
peratus (2015) dan totak 0.8 peratus sehingga suku ketiga tahun ini.
Dividen yang memuncak
pada kadar 16 sen sesaham pada tahun 2013 merudum kepada hanya empar sen tahun
lalu.
Amaran Jadi Kenyataan
FGV adalah syarikat GLC kedua
yang diilhamkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, (Datuk Seri I
Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib
Abdul Razak, yang dalam krisis. Yang pertama ialah 1MDB.
Seperti 1MDB, masalah FGV bermula dari saat ia ditubuhkan kerana nawaitunya tidak lurus dan tidak telus. Niatnya lebih berupa pengisian ego Najib sebagai Perdana Menteri Transformasi dan mencari pulangan jangka pendek menjelang Pilihan Raya Umum 2013.
Kalau kita masih ingat, banyak pihak, termasuk Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan, telah memberi amaran keras mengenai ancaman penswastaan aset peneroka dalam bentuk FGV.
Seperti 1MDB, masalah FGV bermula dari saat ia ditubuhkan kerana nawaitunya tidak lurus dan tidak telus. Niatnya lebih berupa pengisian ego Najib sebagai Perdana Menteri Transformasi dan mencari pulangan jangka pendek menjelang Pilihan Raya Umum 2013.
Kalau kita masih ingat, banyak pihak, termasuk Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan, telah memberi amaran keras mengenai ancaman penswastaan aset peneroka dalam bentuk FGV.
Tetapi bagi Najib dan
pihak yang bersekutu dengan beliau, kedua-dua matlamat itu tercapai. Ego Najib terangsang
kerana IPO itu diuar-uarkan berjaya, FGV menjadi syarikat perladangan terbesar dunia
dari aspek keluasan dan banyak duit diperoleh untuk PRU 2013.
Najib mentor Felda dan pengasas FGV |
Saham-saham FGV mendapat lebih langganan hampir tujuh kali ganda tinggi dan harga pembukaan naik sehingga RM5.46 apabila mula didagangkan di Bursa Malaysia. Sesiapa yang menjual ketika itu mendapat keuntungan lumayan.
Tetapi, sama seperti
mana-mana juga urus niaga yang tidak berasaskan fundamental tulen, FGV tidak
lestari dan tidak dapat bertahan lama. Dalam masa yang singkat, akibat
pengambil keuntungan ke atas saham-sahamnya dan prestasi perniagaan yang lemah,
harga sahamnya merudum.
Penyakit Korporat GLC,
GLIC
Namun, yang lebih
menggerunkan adalah penyakit korporat yang sedang dideritai oleh GLC dan GLIC (syarikat
pelaburan berkaitan kerajaan) mungkin tidak terhad kepada 1MDB dan FGV sahaja.
Banyak lagi syarikat lain dalam kategori ini yang perlu dihalusi, khususnya GLIC
yang memberi pinjaman kepada 1MDB dan FGV.
Seperti telah kita
ketahui, banyak GLIC terlibat memberi pinjaman kepada 1MDB dan FGV, di samping
dikerah menjadi pelabur utama (cornerstone investor) dalam IPO
syarikat-syarikat GLC dan syarikat swasta yang disayangi kerajaan.
Kita juga tahu banyak
wang KWSP dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) telah dipinjamkan kepada
projek-projek kesayangan (pet projects) Najib macam 1MDB, FGV dan inisiatif
pembiayaan persendirian (PFI).
KWAP yang berupa tabung pencen
kakitangan awam telah memberi pinjaman RM4 bilion kepada SRC International Sdn Bhd manakala skim pencen swasta (KWSP) telah
meminjamkan RM25.29 bilion kepada Pembinaan PFI Sdn Bhd. SRC dan Pembinaan PFI adalah milik Kementerian Kewangan.
Itu belum termasuk
pinjaman, pelaburan cornerstone dan projek-projek berkaitan pembiayaan PRU yang
mungkin telah atau sedang “dipaksakan” ke atas Perbadanan Nasional Berhad (PNB),
Tabung Haji, Lembaga Tabung Angkatan Tentera(LTAT) dan Pertubuhan Keselamatan
Sosial (Perkeso).
Kesimpulannya, apa yang
telah kita ketahui mengenai 1MDB dan FGV hanyalah sebahagian kecil sahaja daripada
kemelut korporat yang sedang berlaku di negara kita akibat urus tadbir yang
menyeleweng serta campur tangan songsang oleh pentadbiran Najib.
Hal ini menjadi semakin
buruk akibat kelembapan ekonomi dunia dan domestik yang berpanjangan serta
tidak adanya petunjuk positif daripada kerajaan mengenai bagaimana kemelut yang
semakin meruncing itu ditangani.
Wallahuaklam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.