shahbudindotcom
UMNO
bukan tidak biasa menghadapi serangan dan hentaman musuh-musuhnya.
Tetapi, pernahkah dahulu berlaku seperti apa yang seolah-olah menjadi
kelaziman sekarang?
Siapa yang mengepalai serangan terhadap kartunis Zunar yang sedang mengadakan pameran kartunnya di Pulau Pinang?
Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Abdul Rahim...
Siapa
yang cuba dipertahankan dan dipercayai berada di belakang sekumpulan
penyerang yang bagaikan "naik angin" mahu menyerang Ahli Parlimen Shah
Alam, Khalid Samad?
Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak merangkap Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani...
Siapa
yang mengetuai Kumpulan Baju Merah yang bukan saja cuba melakukan
gangguan kepada pihak lain yang mahu berhimpun secara aman, bahkan juga
dilaporkan berkelakuan tidak senonoh di sebalik gerakan mereka langsung
tidak mendapat sambutan?
Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Jamal Mohd Yunus...
Masihkah mahu dikata UMNO tidak terlibat dalam semua kejadian itu?
Kenapa perlakuan ahli dan pemimpin UMNO semakin pelik dan di luar kebiasaan sejak kebelakangan ini?
Adakah ini tanda-tanda mereka sedar bahawa mereka akan kalah pilihanraya?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.