Oleh SUBKY LATIF
APABILA
PAS membuat keputusan tidak sertai Bersih lima, atas apa sebab jua, ia
adalah keputusan parti yang wajib dipatuhi oleh setiap penyokong
terutama yang menjadi ahli.
Tidak perlu dibuat arahan jangan pergi, memadai memaklumkan PAS memutuskan buat yang kelima ini PAS tidak serta.
Jika
ia diikuti dengan arahan, ia adalah sekadar hendak mengingatkan ahli
parti itu bukan saja wajar bahkan wajib mematuhi keputusan parti.
Keputusan parti adalah dasar parti.
Telah disebutkan dalam
perlembagaan dasar parti ialah Islam, apa yang ada dalam perlembagaan,
apa yang diputuskan oleh muktamar dan oleh mesyuarat parti dari semasa
ke semasa, apa yang disampaikan oleh Presiden dan anggota Dewan Harian
kecuali Bendahari. Cakap bendahari tidak dikira cakap rasmi parti.
Syarat
seorang yang hendak menjadi ahli parti ialah setuju dan patuh kepada
dasar dan keputusan parti dari semasa ke semasa. Apabila ada yang tidak
patuh kepada keputusan bererti dia telah melanggar dasar yang
diterimanya pada masa mengisi borang keahlian parti.
Parti
wajar memantau apakah ahli mematuhi keputusan parti, tetapi ahli itu
sendiri wajib memestikan dia patuh kepada keputusan. Ahli yang baik
boleh tidak setuju dengan keputusan tetapi dia tidak membantahnya.
Apabila dia tidak patuh, dia telah tidak menjadi ahli yang baik lagi.
Tidak
sertai Bersih 5 boleh ahli takwil tetapi dia tidak boleh tidak
mematuhinya. Kita boleh beri pandangan berbeza sebelum keputusan dibuat
tetapi setelah keputsuan dibuat wajib patuh. Jika tidak puas hati
simpan dalam hati.
Itulah namanya ahli yang berdisiplin. Disiplin dan kepatuhan iu adalah prasyarat kejayaan dan wibawa parti.
Kalau
mahu PAS menguasai Putrajaya, penyokong parti mesti disiplinkan
dirinya. Ada cerita tentang satu jihad tidak berjaya. Setelah disiasat
didapati ada seorang soldadu tak gosok gigi. Maka soldadu itu dikeluar
dari pertempuran. Perang itu dimenangi mujahidin. Demikianlah pentingnya
kesetiaan dan disiplin.
Mungkin ahli memikirkan dia
berjuang di medan demokrasi. Justeru demokrasi itu bebas menentukan
sikap, ahli tak perlu patuh kepada keputusan yang tidak disukainya.
Kalau Umno dan DAP sebagai parti sekular menekankan pentingnya kepatuhan
dan disiplin, PAS sebagai jamaah Islam tentulah tidak berakhlak
meremehkan kepatuhan.
Keputusan kadang pahit untuk ditelan, tetapi jadam yang pahit itu adalah ubat.
Maka
yang perlu bagi PAS memastikan ahli patuh dan berdisiplin. Bila
disiplin ada, memadai PAS umumkan tidak sertai Bersih 5 tanpa arahan
penyokong tahu kewajipannya. Mengapa PAS putuskan demikian, maka
penyokong boleh dapatkan penjelasan mengikut peruntukan yang ditentukan
oleh parti.
Bukan demo Bersih sebelum ini tiada kebaikan
langsung. Antara kesannya BN hilang undi popular dalam PRU13. Didakwat
jari setiap pengundi. Berturut-turut BN hilang majoriti dua pertiga. Ada
kesannya, tetapi PAS tentu ada hikmah dan hujah politik ia tidak serta
kali ini.
Sokongan PAS tidak diharga pembangkang.
Antaranya mengira pembangkang boleh menang tanpa PAS. Justerunya
digalakkan gantian PAS dalam pakatan pembangkang. Maka PAS mahu
mengetahui ia berharga atau tidak dan lebih penting memastikan ia ada
harga diri.
Mungkin juga ketika yang sama ia mencari atau
ada alternatif lain menawan Putrajaya selain unjukrasa. Ke Putrajaya
bukan satu hala saja. Banyak hala. Yang tidak disertai Bersih 5 adalah
strategi. Strategi boleh berubah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.