shahbudindotcom
Ahmad
Zahid Hamidi yang baru-baru ini mengusulkan agar Perlembagaan UMNO
dipinda untuk memaktubkan jawatan Pemangku Timbalan Presiden yang sudah
tentu dengan maksud agar jawatan itu mesti disandang oleh Naib Presiden
yang mempunyai undi tertinggi, kini tiba-tiba menegaskan kesetiaannya
kepada Najib Razak adalah 101 peratus.
Kata
Timbalan Perdana Menteri itu, beliau setia 101 peratus kepada Najib dan
sentiasa bersedia untuk membantu Perdana Menteri dan Presiden UMNO
dalam kerajaan dan juga parti.
Dalam
waktu yang sama, Zahid juga berkata, beliau tidak memikirkan soal
jawatan, sebaliknya berserah kepada ketentuan Allah dalam menentukan
perjalanan kejaya politiknya.
"Saya
hanya makan di pinggan yang ada di depan saya, nasi dan lauk yang
dihidangkan kepada saya saja. Saya tidak akan pergi ke meja lain untuk
mengambil lauk dan nasi, walaupun nasi dan lauk di pinggan saya tidak
cukup.
"Ertinya
saya akan berada di suatu keadaan di mana saya harus hormati institusi
yang ada, dan jika berlaku ia adalah mengikut ketentuan Allah," ujar
Zahid berfalsafah.
Mengapa tiba-tiba saja Zahid menyatakan kesetiaannya kepada Najib adalah 101 peratus?
Tidakkah ia ternampak berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa beliau seorang yang benar-benar setia kepada Najib?
Mengapa Zahid tidak mengatakan kesetiaannya hanya mutlak 100 peratus saja?
Bolehkah dipercayai sepenuhnya orang yang menyatakan kesetiaan secara berlebih-lebihan itu?
Jika
diumpamakan seperti gelas, mengisi air sehingga 101 peratus bermakna
melebihi muatan dan pasti akan menyebabkan ia melimpah serta akhirnya
mengotorkan meja makan?
Jadi, apa maksud Zahid dengan setia 101 peratus itu - pernyataan rasa bimbang kehilangan jawatan atau cuba-cuba memberi amaran?
Selain
itu, apakah Zahid mula merasakan dirinya semakin kurang dipercayai oleh
Najib sehingga perlu mencetuskan idea mahu jawatan Pemangku Timbalan
Presiden UMNO segera dimaktubkan dan kemudian berlindung pula dengan
kesetiaan yang digembar-gemburkan sehingga 101 peratus bertujuan untuk
memastikan kedudukannya lebih selamat?
Kenapa
sehingga ini Najib dan Hishammuddin yang merupakan Naib Presiden UMNO
dengan undi nombor tiga masih tidak memberi apa-apa reaksi berhubung
cadangan mahu memaktubkan jawatan Pemangku Timbalan Presiden itu?
Setujukah dua saudara sepupu itu terhadap usul yang mahu dicadangkan Zahid?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.