KUALA LUMPUR: Semua pelajar Malaysia dilaporkan selamat susulan
kejadian serangan di Ohio State University, Amerika Syarikat pada Isnin.
"Dimaklumkan semua 296 pelajar Malaysia dalam keadaan selamat," menurut Education Malaysia Washington DC.
Media Amerika melaporkan seorang pelajar telah merempuh kenderaannya
pada laluan pejalan kaki di kampus Columbus, Ohio sebelum menyerang para
pelajar lain dengan pisau pemotong daging.
Penyerang kemudiannya ditembak seorang pegawai polis kampus.
Siasatan sedang dilakukan untuk mengenal pasti sama ada serangan itu adalah tindakan keganasan.
Penyerang dikenali sebagai Abdul Razak Artan, seorang penduduk tetap
Amerika Syarikat dari Somalia yang merupakan pelajar pengurusan logistik
di universiti berkenaan.
Sebelas orang dimasukkan ke hospital berikutan kejadian itu, seorang
daripada mereka dalam keadaan kritikal, menurut media Amerika.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.