shahbudindotcom
Dalam
wawancara sempena Perhimpunan Agung UMNO di televisyen malam semalam,
antara perkara yang disebut oleh Najib Razak ialah berkaitan pelaburan
dari China.
Sambil
merujuk kepada projek Landasan Keretapi Pantai Timur atau ECRL, Najib
berkata, "kalau kita tak bawa masuk pelaburan, mereka kata kita gagal,
bila kita bawa masuk, mereka kata kita gadai."
"Selama ini tak timbul...apa beza dengan pelaburan dari Jepun, Eropah dan China?" soalnya.
Projek
ECRL ialah pembinaan landasan keretapi menghubungkan antara Tumpat di
Kelantan sehingga ke Pelabuhan Kelang dengan jarak sejauh 688 kilometer
dan menelan kos sebanyak RM55 bilion.
Apakah projek ECRL itu suatu pelaburan atau hutang?
Jika
dilihat berdasarkan fakta yang dibentangkan sebelum ini, projek ECRL
itu diserahkan kepada syarikat China untuk melaksanakannya dengan
pembiayaan penuh, juga oleh bank dari China yang diberikan kelulusan
untuk membuka cawangannya di Malaysia.
Tempoh bayaran baliknya ialah selama 20 tahun.
Bagaimana
Najib boleh mengatakan ECRL adalah suatu pelaburan, sedangkan kita kena
membayar balik perbelanjaan yang dikeluarkan oleh syarikat China untuk
tempoh selama 20 tahun?
Sejak bila terma pelaburan perlu dibuat bayaran balik?
Bukankah ia sebenarnya suatu bentuk hutang dengan China?
Apakah tiada syarikat tempatan yang mampu melaksanakan projek ECRL itu?
Sudahlah
begitu, diberikan pula lesen bank, pembelian kapal laut, keretapi laju
ke Singapura dan pelbagai lagi, semuanya juga kepada syarikat dari
China.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.