MALAYSIA TODAY
MUKADIMAH: 2016 mungkin tahun
malang bagi Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli. Tahun ini sahaja beliau
didapati bersalah diatas empat kesalahan termasuk mencetuskan ketegangan
antara agama, fitnah isu National Feedlot Corporation (NFC) dan terbaru
bersalah mendedahkan dokumen rahsia. Beliau mungkin menganggap dirinya
sebagai wira, namun harus diingat, bahawa Rafizi tidak ubah seperti
pembohong bersiri – membuat andaian demi kepentingan politik peribadi.
Malaysian Digest
Pemenjaraan Naib Presiden PKR selama 18 bulan akibat melanggar Akta
Rahsia Rasmi (OSA) 1972 merupakan tamparan hebat kepada Rafizi Ramli
ekoran sentiasa membuat kenyataan palsu dan berbohong bagi mencipta
persepsi buruk terhadap kerajaan.
Rafizi didapati bersalah diatas dua pertuduhan dibawah OSA iaitu
memiliki dan mendedahkan laporan sulit Peguam Negara berkaitan 1MDB.
Bercakap kepada Malaysian Digest, wartawan veteran Datuk Ahirudin
Attan berkata, malang bagi Rafizi kerana hukuman penjara terhadapnya
merupakan ‘strike 4’ bagi tahun ini setelah sekian lama menjadi
pembohong bersiri.
“Kadangkala dia boleh memperbodohkan orang, tetapi dia tidak boleh
memperbodohkan orang setiap masa. Dia sudah berkali-kali terbukti
bersalah memfitnah. Mereka (penyokong Rafizi) kini boleh melihat siapa
dia sebenarnya.
“Kita perlukan pendedah maklumat. Kita perlukan orang yang berani
menegakkan keadilan. Tetapi kita tidak perlukan orang yang fikirkan
mereka lakukan kedua-duanya tetapi sebenarnya hanya membuat tuduhan liar
semata-mata untuk kepentingan peribadi sahaja,” katanya ketika
dihubungi, semalam.
Jelasnya, ada sesetengah pihak menganggap Rafizi sebagai hero
kononnya mendedahkan maklumat kepada rakyat namun keputusan mahkamah
mensabitkan kesalahan diatas kesalahan fitnah, hasutan dan melanggar
undang-undang nyata membuktikan Rafizi adalah sebaliknya.
“Apa yang dikatakannya hanyalah dakwaan semata-mata. Sekadar tuduhan
tanpa bukti,” ujarnya yang lebih dikenali sebagai Rocky Bru.
Ahirudin yang mengendali blog rockybru.com dalam pada itu menyifatkan
Rafizi sebagai budak tidak matang yang terlalu ghairah apabila mendapat
peluang menunggang motosikal berkuasa besar.
“Jika kita beri budak tak matang bawa motosikal besar, mereka akan
melanggar undang-undang. Mereka juga akan terlibat dalam kemalangan dan
mencederakan diri mereka sendiri serta orang lain.
“Itulah tanggapan saya terhadap Rafizi. Dia ni budak yang naik (dalam politik) terlalu cepat dan akhirnya tersungkur,” katanya.
Mangsa-Mangsa Rafizi
Rafizi sebelum ini pernah mendakwa Datuk Seri Azmin Ali membenarkan
amalan rasuah serta pembayaran berbentuk habuan seks berlaku di pejabat
Menteri Besar.
Beliau kononnya mempunyai bukti serta saksi diatas dakwaan tersebut
kemudian membuat laporan terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM),
namun setelah diteliti SPRM tidak menemui sebarang bukti tuduhan
berkenaan
Politik
pembohongan Rafizi tidak kenal mangsa dan status seseorang itu, malah
serangannya terhadap ahli PKR juga berlaku kepada Tan Sri Khalid Ibrahim
pada awal 2014 dalam misinya untuk menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim
sebagai Menteri Besar Selangor.
Menceritakan detik-detik dimana Khalid difitnah oleh Rafizi bersama
bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution menerusi agenda
‘Langkah Kajang’, Pembantu Khas Khalid, Faekah Hussin menyifatkan
insiden tersebut sebagai drama terbesar PKR.
“Insiden itu adalah drama paling besar apabila pejabat kerajaan
negeri (pada waktu itu) menerima ‘dossier’ setebal 91 muka surat. Jika
anda rajin baca 91 muka surat itu, satu pertiga daripada tuduhan itu
adalah pertanyaan ‘mengapa Khalid tak nak bayar lebih kepada Syarikat
Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH)?’
“Sepatutnya jika PKR nak tuduh Khalid mengamalkan rasuah, mereka
patut tanya kenapa Khalid bayar lebih. Itu baru betul ada potensi
berlaku rasuah. Tapi dalam dossier itu, mereka tanya kenapa Khalid tak
mahu bayar lebih,” katanya kepada Malaysian Digest.
Jelasnya, kes yang sudah terbukti sebagai fitnah Rafizi dan Saifuddin di mahkamah akhirnya membersihkan nama Khalid.
Bercakap mengenai Langkah Kajang, Faekah berkata pelan tersebut juga
merangkumi usaha untuk menggunakan wang rakyat negeri Selangor selepas
Anwar diangkat sebagai Menteri Besar agar misi utama untuk ke Putrajaya
tercapai.
“Dengan Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar, mereka (PKR) tak dapat
berbuat demikian. Khalid tak benarkan duit rakyat Selangor digunakan
untuk kegiatan politik,” tegasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.