Oleh Azizul Osman dan Wan Anis Ilyani Wan M, Azhar
KUALA LUMPUR: Langkah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang
melakukan pindaan terhadap Usul rang undang-undang (RUU) persendirian
bagi meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah, bertepatan dengan
pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) yang diamalkan
oleh parti itu kini.
Menurut Ketua Dewan Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Aziz, pindaan
tersebut dilakukan selepas PAS mengambilkira pandangan dan kritikan
mengenai RUU itu, tambahan ia memerlukan masa untuk semua golongan
terutamanya bukan Islam untuk memamahi sepenuhnya pindaan berkenaan.
"Saya gembira walaupun Presiden PAS memilih untuk membuat pindaan
tetapi saya kerana Speaker (Tan Sri Pandikar) dapat mengizinkan dan
dalam makluman saya pindaan itu dibuat kerana Presiden mendengar
pandangan daripada pelbagai pihak.
"Usul pertama yang dibentangkan dulu lebih umum sifatnya tetapi dalam
tempoh beberapa bulan perbahasan secara ilmiah dibuat diluar, ramai yang
mengkritik bahawa sepatutnya dihuraikan dengan lebih panjang, walaupun
pada pandangan kami bahawa umum itu adalah menepati kehendak
undang-undang tetapi oleh kerana ada kritikan maka Hadi memilih untuk
menerima kritikan tersebut dan menjelaskannya dengan lebih tepat,"
katanya di lobi Parlimen hari ini.
Semalam, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin
Aman Razali berkata, usul RUU itu mengandungi pindaan terhadap had
hukuman yang boleh dikenakan di bawah akta itu kelak.
Ujar Khairuddin, pindaan itu dibuat hasil daripada perjumpaan dan
taklimat khas berkaitan RUU itu bersama Menteri di Jabatan Perdana
Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom di bangunan Parlimen, pada
Selasa.
Pindaan RUU Akta 355 ini dibuat bagi meningkatkan bidang kuasa Mahkamah
Syariah yang selama ini amat terhad iaitu hukuman penjara maksimum
hanya tiga tahun, denda maksimum RM5000 dan hukuman sebatan maksimum
enam kali sahaja.
Melalui pindaan yang dibawa Hadi, jumlah hukuman itu mahu ditingkatkan
menjadi - hukuman penjara maksimum 30 tahun, denda maksimum RM100,000
dan hukuman sebatan maksimum 100 kali sebatan (syarie).
Hadi hari ini membentangkan kali kedua usul Rang Undang-Undang (RUU)
Akta 355, bagi memperkasakan bidang kuasa Mahkamah Syariah, namun
memohon untuk menangguhkan penjelasannya pada sidang Parlimen, Mac tahun
depan.
"Saya harap ini (penangguhan) boleh mengurangkan ktirikan tersebut dan ia akan dibahaskan nanti," jelas Nik Abduh.
Ditanya samada siri penerangan yang dibuat oleh PAS sudah menampakkan
hasil, Ahli Parlimen Pasir Mas itu optimis bahawa PAS mampu untuk
mendapatkan lebih sokongan di kalangan bukan Islam sepanjang tempoh
penerangan berkenaan tidak lama lagi.
"Pemahaman itu sudah lama (dilakukan) cuma pindaan ini bukan baru,
benda yang telah dibincangkan sebelum ini dan minta lebih spesifik maka
dengan pindaan ini masa itu cukup berharga untuk dijelaskan lagi. Ia
lebih menjelaskan daripada usul sebelum ini," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.