DETIK DAILY
KOTA BHARU:
Akibat menaikkan harga minuman teh 'o' ais dari RM2.80 hingga RM4
segelas, seorang pemilik restoran di Kota Bharu, didenda RM8,000 oleh
Mahkamah Sesyen Kota Bharu, kerana kesalahan mencatut.
Hakim
Mahkamah Sesyen, Adli Abdul Ghalib menjatuhkan hukuman denda berkenaan
terhadap pemilik restoran di Jalan Tok Hakim di sini kerana tidak
mematuhi Peraturan 3(1) Peraturan Kawalan Harga dan Anti Pencatutan
2014.
Pemilik Restoran Ozarah Cafe, Jessica Choo Kim Lian, mengaku salah dan membayar denda yang dikenakan.
Mengikut fakta pertuduhan, Jessica didakwa mencatut dengan mengenakan
harga segelas teh o ais dengan menaikkan harga dari RM2.80 kepada RM4
di Jalan Tok Hakim pada 29 September lalu.
Pemilik restoran berkenaan didakwa mengikut Seksyen 14(1) Akta Kawalan
Harga dan Antipencatutan 2011 yang boleh dihukum di bawah Seksyen
18(b) akta yang sama yang jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga
RM100,000 atau penjara 3 tahun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.