Dua bulan sejak menjual pulut kuning, pendapatan yang diperoleh
menerusi ‘kerjaya ’ terbaru Nam Ron ternyata mampu digunakan untuk
kelangsungan kehidupannya sekeluarga.
Kata beliau yang merupakan pengarah dan juga pelakon itu, idea untuk menjana pendapatan sampingan itu muncul selepas tawaran berlakon semakin berkurangan.
"Dengan berniaga pulut kuning, hasilnya dapat saya gunakan bayar bil letrik, rumah dan keperluan anak.
"Sejak tahun lepas, tawaran berlakon amat berkurangan kerana keadaan ekonomi tidak menentu.
"Dan saya berasa senang dapat menjual pulut kuning, Alhamdulillah," katanya.
Nam Ron ditemui pada majlis Anugerah Skrin 2016 (ASK2016) di PICC Putrajaya, baru-baru ini.
Pada malam itu, Nam Ron dianugerahkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik (Filem) ASK2016 menerusi filem Redha.
Kekecewaan Nam Ron membuatkan dia lebih selesa untuk tidak terlalu berharap pada satu-satunya mata pencarian rezeki.
Malah, terdahulu, Nam Ron atau nama asalnya Shahili Abdan yang meraikan ulang tahunnya hari ini sudah membiasakan diri memulangkan separuh daripada hasil berlakon melalui bengkel teater.
Pun begitu, katanya, kerana kurangnya mendapat tawaran berlakon, pembiayaan untuk kerja seni juga terbantut.
"Apabila tawaran kurang buat saya tidak dihargai.
"Sebelum ini duit dari berlakon filem dan drama disuntik untuk melatih bakat baru," katanya.
Pulut kuning Nam Ron bukan pulut kuning biasa, tapi hidangan yang dimasak dengan rasa ikhlas.
Perniagaan pulut kuning dengan rendang ayam dan daging itu turut diusahakan oleh isterinya, Junainah.
Sementara itu, menceritakan kejayaan Redha, Nam Ron menyatakan dia tidak menjangkakan kemenangan.
"Saya berasakan Sam (Shaheizy Sam) akan menang tapi sebaliknya rezeki milik saya, Alhamdulillah.
"Untuk jadi pelakon terbaik perlu bekerja dengan pengarah dan produksi terbaik. Tunku Mona dan Redha adalah antaranya.
"Ini benda saya percaya dan pegang," katanya yang bakal menerbitkan filem One Two Jaga tahun depan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.