shahbudindotcom
Setiap
kali berada di luar negara, selalu saja Najib Razak membuat lawak
jenaka untuk mengulas perkara-perkara yang berlaku di dalam negara.
Di
Jepun minggu lalu, Najib berbangga memberitahu media di sana bahawa
beliaulah orang pertama yang mengarahkan siasatan dijalankan mengenai
1MDB.
Bukankah
lawak kenyataan itu kerana hakikatnya semua orang tahu tiada apa-apa
tindakan yang nampak sehingga ini tentang 1MDB, meskipun siasatan di
Singapura, Amerika Syarikat dan Switzerland sudah kelihatan hasilnya dan
ada yang sudah dihukum penjara.
Sebaliknya
juga, apa yang terjadi ialah Peguam Negara dibuang, beberapa anggota
kabinet dipecat, kacau-ganggu terhadap pegawai SPRM, Ketua Pesuruhjaya
SPRM ditukar, pegawai-pegawai Bank negara diugut dan macam-macam lagi.
Dalam
keadaan begitu pun, Najib masih mahu berbangga bahawa beliaulah orang
pertama yang mengarahkan siasatan dijalankan terhadap 1MDB.
Ini betul-betul lawak dol...
Ketika
di Peru semalam pula, beliau membuat tafsiran bahawa rakyat sudah bosan
dengan Kumpulan Bersih dan promosi perhimpunan itu yang tidak memberi
faedah kepada negara.
Ini pun sekali lagi lawak jenaka juga kerana bila masa rakyat sudah bosan perhimpunan Bersih?
Daripada mana Najib mendapat maklumat sedemikian?
Daripada laporan TV3, Utusan atau Salleh Said Keruak?
Jika
Najib jujur dan meminta pandangan mereka yang biasa pergi ke Stadium
Bukit Jalil atau Shah Alam untuk menonton bolasepak dan membandingkannya
dengan kehadiran dalam perhimpunan Bersih 5 semalam, beliau pasti dapat
menilai sama ada rakyat sudah bosan atau sebaliknya.
Mereka
itu tentu dapat membezakan antara angka 15,500, 20 ribu, 40 ribu atau
kononnya sambutan Bersih 5 kali ini hambar atau sebaliknya.
Begitulah
Najib selalunya...hanya di luar negara beliau berani berlagak dan
bersuara gegak gempita seolah-olah pemimpin suci, sedangkan di dalam
negara sendiri, bukan saja beliau mengelak berforum atau menjawab di
Parlimen, malah orang yang menyentuh tentang 1MDB di Dewan Rakyat pun
diancam dengan siasatan dan hukuman penjara.
Ketika
di dalam negara ratusan ribu rakyat bangun mahu menolaknya dan jika
setiap yang hadir semalam ada lagi lima kawan-kawan atau saudara mara di
belakang mereka, tetapi di luar negara Najib masih mahu mengatakan
mereka sudah bosan untuk bangkit bersuara.
Sekali lagi, lawak dol...kali ini baju merah pun tentu turut ketawa sama.
Apa
pun tafsiran Najib mengenai perhimpunan semalam, rakyat sebenarnya
tidak pernah bosan untuk menyingkirkan pemimpin yang dikenali dunia
sebagai kleptokrat atau selalu disebut oleh Tun Mahathir dan Lim Kit
Siang sebagai pencuri, perompak dan penyamun.
Sejak zaman berzaman dan banyak dicatat dalam sejarah, pemimpin yang sedemikian tidak perah selamat akhirnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.